Sebabkan Kematian, Rayuan Guru Agama Ditolak

21 Jun 2013, 06:51pm by Syuhada Rais



Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, rayuan seorang guru agama dan seorang sukarelawan terhadap hukuman mereka dalam kes menyebabkan kematian seorang penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan Darul Islah ditolak. 

Hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh sebaliknya ditambah kepada 20 tahun.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Nurchaya Arshad.

Mohd Shuhaidi Mohammad dan Mohammed Azizi Mohd Vello diarah menjalani hukuman  bermula hari ini.

Pada 29 febuari tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Mohd Shuhaidi dan Mohammed Azizi;

Selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Megat Mohammad Amirul Adha Sobri, 23 tahun di Rumah Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Batu 14 Hulu Langat, lima tahun lalu.